Penarik Kereta Maut Ditetak Sekumpulan Lelaki Berparang

Johor Bahru – Seorang penarik kereta berusia 35 tahun maut manakala rakan sekerjanya berusia 42 tahun parah selepas ditetak dengan parang oleh sekumpulan lapan lelaki dalam kejadian kira kira 4.15 pagi tadi di persimpangan lampu isyarat Jalan tebrau dan Jalan Kuning di sini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh berkata, ketika kejadian mangsa baru memberhentikan kenderaannya di persimpangan lampu isyarat berkenaan sebelum didatangi lapan lelaki dari dua kereta berasingan yang bertindak menetak cermin hadapan dan belakang kereta hingga pecah.

Katanya, kedua mangsa berjaya keluar dari kenderaan mereka dan cuba melarikan diri namun diserang suspek yang berusia lingkungan 20 hingga 30 an.

“Kedua mangsa dikejar kumpulan berkenaan yang bertindak menghayun parang dan menyebabkan mereka rebah sebelum kumpulan suspek menetak dan mengelar tangan mangsa di Jalan Kuning Taman Pelangi di sini.

“Selepas itu semua suspek melarikan diri dan tangan kanan seorang mangsa yang mati ditetak hingga putus dan manakala seorang yang terselamat kini kritikal selepas ditetak di bahagian dagu, muka tangan kanan dan kaki kiri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.