WASHINGTON – Sebuah kapal terbang jet kecil yang terhempas di kawasan perumahan berhampiran ibu negara AS, telah membunuh enam orang, lapor AFP.

Menurut kenyataan daripada Pentadbiran Penerbangan Persekutuan, kapal terbang jet Embraer EMB-500 adalah dalam penerbangan satu batu (1.6km) dari Lapangan Terbang Montgomery County, bersedia untuk mendarat, apabila kemalangan itu berlaku, .

Ketiga-tiga orang dalam pesawat dan tiga orang di dalam rumah yang terbunuh apabila pesawat itu terhempas, tweet jurucakap daerah berkenaan.

Serpihan pesawat bertaburan berhampiran di beberapa buah rumah dan terdapat nyalaan api yang besar di pinggir bandar Gaithersburg, Maryland Washington. -RakyatPost