LONDON – Ahli Parlimen Parti Konservatif, Nigel Mills ditangkap bermain Candy Crush, pada iPad beliau semasa menghadiri mesyuarat jawatankuasa parlimen.

Menurut laporan, Ahli Parlimen British itu ditangkap semasa bermain permainan itu dalam Mesyuarat JawatankuasaKerja dan Pencen , di mana beliau juga merupakan seorang ahli jawatankuasa tersebut.

“Dalam mesyuarat itu saya sedikit tidak memberi tumpuan dan kemungkinan saya hanya bermain satu atau dua permainan,” kata Nigel Mills.

“Saya tidak patut berbuat demikian tetapi jika anda perasaan, dalam mesyuarat itu saya telah bertanyakan beberapa soalan yang saya fikir adalah penting dalam bagaimana kita perlu mendapat hak pencen dengan betul. Saya akan cuba untuk tidak melakukannya pada masa akan datang.” -RakyatPost