Dua gol daripada Robin van Persie menyaksikan United menang di St Mary sekaligus naik ke tempat ketiga dalam Liga Perdana.

Walau bagaimanapun, dalam perlawanan awal pagi itu, ManUnited hanya mempunyai tiga sepakan tepat terhadap Saints 15.

“Jika pasukan anda yang terbaik, sudah tentu anda berhak peroleh kemenangan,” kata van Gaal.

“Permainan kami tidak cukup baik namun kami pasukan bernasib baik.”

Pengurus United itu turut memuji sumbangan Van Persie yang menjaringkan dua gol dalam kemenangan United ini. -RakyatPost