Lelaki Ditemui Rentung

Kuala Lumpur – Seorang lelaki ditemui rentung di dalam but sebuah kereta, dipercayai dibunuh, di tempat letak kenderaan berhampiran Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur di Ampang Jaya, Ampang, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad berkata lelaki berusia dalam lingkungan 30-an itu dipercayai dibakar sekumpulan lima lelaki yang menaiki kenderaan lain.

Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa dan lima lelaki itu bertengkar  kira-kira 10 malam.

“Polis sedang mengenal pasti identiti mangsa,” katanya dalam sidang media pagi ini.

Beliau berkata mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.

“Polis mengadakan sekatan jalan raya di beberapa jalan bagi memburu kumpulan suspek,” katanya. -RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.