Lelaki ditahan selepas drama mengejar

Gambar file

JOHOR BAHARU -Polis Johor menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes samun dan curi kenderaan selepas mengejar kenderaan suspek selama 45 minit di Taman Nusantara, Gelang Patah, minggu lepas.

Ketua Polis Daerah Nusajaya, Supt Noor Hashim Mohamad berkata, dalam kejadian 9 malam, 3 Dis lepas, dua anggotanya mengalami kecederaan selepas motosikal yang mereka naiki dihimpit kereta Proton Satria dipandu suspek.

Katanya, kejadian bermula di sebuah stesen minyak di Taman Bukit Indah, apabila sepasukan anggota polis mengesan sebuah kereta yang dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, kereta suspek bersama pemandunya yang berusia 27 tahun berjaya ditahan di Taman Nusantara, Gelang Patah manakala seorang lagi suspek berjaya melarikan diri.

Jelas Noor Hashim, pemeriksaan lanjut di dalam kereta terbabit menemui pelbagai peralatan pecah rumah serta satu bungkusan plastik lutsinar yang dipercayai mengandungi dadah.

Kereta terbabit sebelum itu dilaporkan hilang di Tampoi.

Menurut Noor Hashim, kes disiasat mengikut Seksyen 186 dan 279 Kanun Keseksaan. -RakyatPost

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!