KJ: Berambuslah Ali, Jangan Pulang Lagi

Kuala Lumpur – “Baguslah. Jangan sesekali balik lagi”.

Itu reaksi tegas dan keras yang dikeluarkan oleh Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin melalui Twitter miliknya terhadap aktivis Ali Abd Jalil yang dilihat meneruskan kritikan terdapat kerajaan dan juga institusi diraja di Malaysia apabila pasportnya dibatalkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia, semalam.

Ali melalui laman Facebook miliknya semalam mendakwa telah mendapat perlindungan daripada Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), dan Perjanjian Dublin bagi pencari suaka politik.

“Saya sekarang adalah pemegang kad asylum di bawah undang-undang PBB dan Perjanjian Dublin. Saya tidak lagi tertakluk di bawah undang-undang UMNO dan Sultan. Sini bukan Malaysia,” katanya.

Ali sebelum ini berdepan dengan tiga tuduhan di bawah Akta Hasutan kerana didakwa menghina Sultan Johor dan Sultan Selangor melalui Facebook.

Kenyataan Khairy tersebut disokong kebanyakan pengikut Twitternya yang pengguna akaun Pantai Timur menyatakan ‘moleknyer dibuang negara, perangai jahat dan bangsat’.

Sementara itu, Hanif Yon pula memberi komen dengan mengatakan “Alah hai, nanti merayu juga tu nak balik ke Malaysia seperti usaha abu mayat Chin Peng,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.