KUALA LUMPUR – Kisah seorang pemuda yang prihatin memberi bantuan makanan kepada lelaki India yang miskin kelaparan menjadi perhatian meluas pengguna-pengguna di media sosial, Facebook.

Dalam status yang dimuat naik PenMerah [dot] com memaparkan Affy Izwan menceritakan pengalamannya menghulurkan bantuan tersebut walaupun pada mulanya tidak menghiraukan permintaan lelaki India yang mendakwa sudah seharian tidak menjamah makanan.

“Lelaki India itu merayu kepada aku. Bang tolong saya bang…1 hari saya tidak makan.

“Macha, u laparkah? U duduk sini. So Aku panggil mamak bagi lelaki itu nasi campur dengan teh tarik,” katanya.

Kata Affy, dia tersentuh hati apabila melihat lelaki itu makan disebabkan kelaparan.

Moral of story, tidak semua manusia senang, so sedekahlah sedikit walaupun sedekah itu tak seberapa,” ujarnya.

Berdasarkan pemerhatian The Rakyat Post, posting status ini mendapat hampir 50,000 pengguna menyukainya, 691 yang berkongsi dan lebih 1,000 pengguna memberi respon tindakan pemuda tersebut.

Antaranya, komen pengguna berbangsa India yang menghormati tindakan mulia pemuda itu.

Malah, ada yang mengatakan permintaan lelaki India yang miskin itu wajar ditunaikan.

Ada juga yang menyokong tindakan Affy untuk berkongsi pengalaman walaupun berlainan bangsa.

Ada yang memuji tindakan Affy sambil menjelaskan bersedekah adalah perkara mulia.

Tambahan pula, ada juga yang bersetuju agar kisah seperti ini dijadikan rujukan di media sosial.

Berikut adalah komen pengguna selektif:

Naren Krishnasamy : Hati kamu baik.. What goes around comes around. Satu hari nanti kamu susah, pasti akan ada org tolong kamu. Percayalah.. Respect u brother.

Farha Jumali : Dia xmintak duit, dia mintak makanan.. memg dia xtipu yg dia btl2x susah.. ksian sgt…

Helmi Helmi : Bukan riak…brader ni hnye nk bkgsi pglmn dye…..walaupun kite x same bgsa.allah yg bukak aty berader ni untuk bsedkah…….ingat 2…..niat d aty. Kerana allah…

Isaac Lim : sedekah adelh mulia,,keep tat in ur heart bknnye post bg satu dunia lihat dn puji.btw god bless u wit ur kind heart

Suhaimi Hamdon : Sepatutnya cerita2 begini kita perbanyakkan dan jdkan ia viral. Pedulikan apa org nak kata dia menunjuk2 ke, riak ke. Itu antara dia dgn ALLAH. bila kita banyakkan cerita begini, baru ada rasa kasih sayang antara kita berlainan kaum. Orang melayu bantu india, india bantu cina, cina bantu melayu. Barulah kita tau kaum2 lain ini saling bantu membantu sesama kita dan secara x langsung ia akan memupuk kasih sayang antara kita semua yg berlainan agama dan kaum. RakyatPost