Hudud : Tidak Dilaksanakan Kerana Keadaan Tidak Mengizinkan

Kuala Lumpur – Hukum hudud tidak dilaksanakan di Malaysia disebabkan keadaan dalam negara yang tidak mengizinkan.

Sepatutunya hukum hudud perlu dilaksanakan tanpa menyebabkan ketidakadilan berlaku.

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Islam amat mementingkan keadilan dan sekiranya sesuatu itu tidak adil, maka ia bukan daripada ajaran agama tersebut.

Menurutnya, di Malaysia hukum hudud diterangkan bahawa orang mencuri akan dipotong tangan tetapi tidak boleh memotong tangan orang bukan Islam.

“Dua orang, satu Cina, satu Melayu, tangan Melayu dipotong, orang Cina dapat dua bulan penjara. Adilkah? Siapa yang kata ini adil?

Hukuman yang tidak sama, satu yang begitu berat seumur hidup tanpa tangan, seorang lagi yang hanya penjara dua bulan dan boleh mencuri lagi selepas keluar dari penjara.

“Adilkah? Kalau tak adil itu bukan Islam dan bukan suruhan Islam walaupun hukuman disebut dalam al-Quran tetapi itu bukan Islam,” katanya ketika berucap merasmikan Seminar Pengurusan Kualiti Islam (i-QAM) anjuran Universiti Utara Malaysia di Hotel Everly di Putrajaya.

Tambah Dr. Mahathir, memisahkan orang Islam dan orang bukan Islam dari segi pelaksanaan hukum tidak sebenarnya berasaskan kepada agama Islam seperti yang terdapat dalam al-Quran.

Jelasnya, kita disuruh beramanah, tidak menipu, tidak korup dan membuat sesuatu dengan sebaik mungkin seperti yang tertakluk di dalam al-Quran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.