FAM Mohon Maaf Kepada Penyokong Vietnam

Kuala Lumpur – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memohon maaf kepada penyokong Vietnam selepas mereka diserang penyokong Malaysia di Stadium Shah Alam, semalam.

Menurut kenyataan badan induk itu menerusi laman Facebook, hari ini, pihak FAM akan bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi menangani perkara tersebut dan sebarang maklumat lanjut akan dimaklumkan kelak.

Dalam perlawanan separuh akhir pertama Piala Suzuki di Stadium Shah Alam, semalam, skuad Harimau Malaya tewas 1-2 kepada Vietnam.

FAM turut menyuarakan betapa ia mengutuk sekeras-kerasnya keganasan dalam bola sepak dengan slogan – ” LOVE FOOTBALL AND STOP HOOLIGANISM.”

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.