Dibakar Selepas Bertengkar

Ampang – Seorang lelaki ditemui rentung di dalam but kereta dipercayai dibunuh dalam kejadian di tempat letak kenderaan berhampiran Sekolah Antarabangsa Kuala Lumpur, Taman TAR, kira-kira 10 malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, mangsa lelaki berusia 30-an dipercayai dibakar sekumpulan lima lelaki lain yang menaiki kenderaan lain selepas mangsa dan kumpulan suspek bertengkar.

“Polis sedang mengenal pasti identiti mangsa dan berdasarkan semakan, kereta di mana mayat mangsa ditemui dilaporkan dicuri pada 9 malam tadi di daerah Sentul, Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita di lokasi kejadian malam tadi.

Beliau berkata, mayat mangsa kini dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPPUKM) untuk bedah siasat.

Ekoran kejadian itu, polis kini melancarkan sekatan jalan raya di beberapa jalan bagi memburu kumpulan suspek. -myMetro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.