Bayi 2 Bulan Maut, Tersedak Susu Ketika Tidur

Kota Bharu – Seorang bayi perempuan berusia dua bulan meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu di rumahnya di Kampung Che Deris, di sini, 5 pagi tadi.

Ketika kejadian, Nik Norainun Mardiah sedang tidur sebelum bapanya, Nik Norazahari Nik Ibrahim, 27, menyedari anak bongsu daripada dua beradik itu sudah tidak bernafas lagi.

Sebelum itu, Nik Norazahari berkata, antara 3 pagi ke 4 pagi, anaknya bangun untuk menyusu badan.

“Selepas isteri saya Marfuzah Ibrahim yang berusia 27 tahun menyusukannya, kedua-duanya tidur semula.

“Kami tidak sedar sehinggalah 5 pagi saya bangun dan melihat mulutnya penuh susu, manakala hidungnya berhingus,” katanya ketika ditemui di rumahnya, tadi.

Bapa dua anak itu berkata reda dengan kejadian berlaku dan jenazah Nik Norainun Mardiah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Che Deris, pagi tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.