Anak Kapal Tangki Vietnam Mati Ditembak Lanun Dekat Johor

Kuala Lumpur – Seorang anak kapal tangki Vietnam maut selepas ditembak lanun berdekatan pantai timur negara ini, semalam.

Ia adalah siri serangan pertama terjadi di kawasan perairan Asia Tenggara.

Menurut Biro Maritim Antarabangsa (IMB), kapal yang membawa 16 anak kapal itu membawa tar dalam perjalanan dari Singapura menuju ke Vietnam secara tiba-tiba diserang lanun terbabit berhampiran Pulau Aur, di selatan Johor.

“Perompak bersenjata itu telah menaiki kapal tangki dan mereka menembak seorang anak kapal di bahagian kepala serta membunuhnya.

“Lanun berkenaan juga sempat mencuri harta milik anak kapal sebelum melarikan diri,” kata Ketua Pusat Laporan berkaitan aktiviti lanun IMB yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Noel Choong, kepada AFP.

Choong berkata, anak kapal yang ditembak itu kemudian diterbangkan ke hospital di Singapura tetapi meninggal dunia akibat kecederaan teruk dialaminya.  – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.