Ahmad Said Buat Laporan Polis, Kes Pembalakan Sabit Namanya

Kuala Terengganu – Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said membuat laporan polis berhubung dakwaan penipuan menggunakan nama beliau membabitkan wang sebanyak RM1.8 juta bagi satu kawasan pembalakan.

Ahmad tiba di perkarangan Balai Polis Kuala Terengganu kita-kira 10.50 pagi tadi dan keluar kira-kira 1 jam kemudian.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kijal membuat laporan salah laku dan penipuan dilakukan seorang lelaki bergelar datuk yang menipu seorang Pengurus Kilang Papan Jaya Seberang Takir Sdn Bhd dari Singapura.

Dalam laporan itu, Ahmad berkata, lelaki terbabit dikatakan mengambil wang sebanyak RM1.8 juta dengan alasan untuk diberikan kepadanya yang ketika itu adalah Menteri Besar Terengganu.

“Saya tidak pernah mengenali datuk berkenaan dan meminta polis melakukan siasatan terperinci bagi membawa orang yang menipu itu ke muka pengadilan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.