8 Serangan Udara Terhadap Militan IS Serang Pengkalan Udara Timur Syria

Beirut – Beberapa anggota aktivis Syria menyatakan beberapa pesawat perang kerajaan didapati melakukan sekurang-kurangnya lapan serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) dengan menyerang sebuah pangkalan tentera udara utama di timur Syria, semalam.
Sebuah badan aktivis kolektif, Jawatankuasa Penyelarasan Tempatan dan Badan Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria yang berpangkalan di Britain berkata, serangan udara itu berlaku semalam di empat kawasan berdekatan lapangan terbang tersebut, yang terletak diluar bandar Deir el-Zour.
Kumpulan militan IS melancarkan serangan pada fasiliti itu pada minggu lalu, ekoran itu aktivis mendakwa seramai lebih daripada 150 orang di kedua-dua pihak terbunuh. – AP

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.