4 Kereta Terbakar Di Jinjang

Kuala Lumpur – Empat kereta terbakar di hadapan restoran di Taman Mastiara, Jinjang.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, ketika kejadian 1.02 pagi itu pihaknya menerima maklumat daripada orang awam yang menyatakan ada kereta terbakar lokasi kejadian.

Menurutnya, empat kenderaan itu masing-masing Nissan Sunny terbakar 50 peratus, teksi terbakar hangus, Proton Saga FLX terbakar 50 peratus dan Proton Iswara Aeroback terbakar 10 peratus.

“Kami memaklumkan kejadian itu kepada pihak bomba dan dalam beberapa minit kemudian, api dipadamkan dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian ini.

“Dua pemilik kenderaan sudah membuat laporan polis susulan dari kejadian itu dan kami akan menyiasat kes ini dalam semua kemungkinan termasuk perbuatan khianat,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.