Perdana Menteri Thai bubar Parlimen

BANGKOK 9 Dis. – Perdana Menteri Thailand, Yingluck Shinawatra hari ini membubarkan Parlimen ketika penunjuk perasaan antikerajaan bersedia memulakan demonstrasi bagi menggulingkan kerajaan.

Yingluck berkata, di peringkat ini, ramai yang menentang kerajaan dan cara terbaik untuk menyelesaikannya ialah memberikan kuasa semula kepada rakyat Thailand dengan mengadakan pilihan raya umum.

Kira-kira 50,000 penunjuk perasaan kembali berarak di Bangkok selepas bersurai sementara bagi menghormati ulang tahun kelahiran pemerintah negara ini pada minggu lalu. – Reuters

One thought on “Perdana Menteri Thai bubar Parlimen

  • December 10, 2013 at 2:18 am
    Permalink

    tindakan yg bijak…cara terbaik. Syabas Yinluck…jilat kali

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.