Pemuda Sosialis DAP Gesa Rujuk MB Perak Kepada Badan Disiplin

KUALA LUMPUR – Pemuda Sosialis DAP (DAPSY) mengesyorkan supaya Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dirujuk kepada badan disiplin dan tatatertib dalaman parti, serta dipanggil memberi penjelasan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan.

Dalam satu kenyataan di sini, DAPSY turut merakam bantahan sekeras-kerasnya terhadap sindiran dan penghinaan terhadap DAP yang telah dikeluarkan dalam sebuah video yang tular di media sosial.

“DAP selaku sebahagian daripada keluarga Pakatan Harapan amat menghargai persahabatan dan perjuangan bersama dengan rakan rakan komponen yang telah menghasilkan Malaysia Baharu serta merebahkan kleptokrat yang menyeksa rakyat Malaysia sekian lama.

“Tali silaturahim, keeratan serta kerjasama demi rakyat yang terjalin antara parti-parti komponen selama ini wajib dipertahankan malah diperkukuhkan,” kata DAPSY.

Menurut kenyataan itu lagi, DAPSY juga menggesa supaya Ahmad Faizal selaku pengerusi Pakatan Harapan Perak merangkap Menteri Besar Perak memberi pencerahan dan penjelasan berkenaan dengan video berkaitan.

“Tanpa niat campur tangan dalam hal-hal dalaman Parti Pribumi Bersatu Malaysia, DAPSY juga mengesyorkan supaya YAB Dato’ Seri dirujuk kepada badan disiplin dan tatatertib dalaman parti, serta dipanggil memberi penjelasan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan,” katanya. 

Lain-lain berita;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.