Peruntukan RM39.7 Juta Untuk Sekolah Tamil, Kerajaan PH Sengaja Burukkan Najib

PUTRAJAYA – Misteri ‘peruntukan’ RM39.7 juta bagi 13 sekolah Tamil didakwa diberikan kerajaan BN tanpa kelulusan akhirnya terjawab selepas seorang individu mendedahkan sepucuk surat rasmi kepada portal berita Malaysiakini.

Malaysiakini secara eksklusif melaporkan, surat yang diterima daripada sumber yang dekat dengan Datuk Seri Najib Tun Razak itu membuktikan dakwaan itu palsu.

Antara lain surat  berkenaan menyenarai pendek 13 sekolah yang perlu diberi perhatian segera dan meminta peruntukan RM39.7 juta bagi tujuan pembinaan bangunan tambahan di lokasi baharu.

Sumber itu mendakwa, susulan menerima surat berkenaan, Najib pada hari yang sama telah meluluskan peruntukan RM39.7 juta.

“Beliau turut meminitkan surat tersebut meminta ketua setiausaha perbendaharaan iaitu Tan Sri Irwan Serigar (bahawa) beliau setuju mohon tindakan selanjutnya,” kata sumber itu kepada Malaysiakini.

Sumber itu sebaliknya mendakwa kerajaan PH sengaja memburuk-burukkan pentadbiran terdahulu bawah pimpinan Najib.

Pendedahan itu selari dengan kenyataan dikeluarkan bekas Timbalan Menteri Pendidikan 1 Datuk P Kamalanathan sebelum ini bahawa peruntukan itu telah diluluskan oleh Najib sendiri.

Malah katanya, kerajaan baru, Jabatan Perdana Menteri dan ketua setiausaha perbendaharaan baharu mungkin terlepas pandang perkara itu.

Media pada 30 Oktober lepas melaporkan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik meminta, Najib menggesa Najib menjawab persoalan ke mana hilangnya wang tersebut.

Pada masa yang aama sebuah NGO pro-PH berasa terkejut dengan kenyataan Kementerian Pendidikan yang menafikan kelulusan dana tersebut.

Presiden Empowering Tamil School Malaysia Kannan Ramasamy sebaliknya memohon kerajaan PH memberi perhatian berhubung isu berkenaan.

“Kami berharap kerajaan PH menyelesaikan isu ini agar mendapat semula keyakinan kaum India yang agak sensitif dengan isu-isu sekolah Tamil,” katanya. – SINAR HARIAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.