Peguam Lapor SPRM Ahli Parlimen Terima RM300,000 Daripada Taikun Hartanah

PETALING JAYA – Seorang peguam semalam tampil membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap seorang taikun hartanah dan seorang Ahli Parlimen Perak.

Mohd Khairul Azam Abdul Aziz daripada firma guaman Tetuan Azam Aziz & Co. berkata laporan itu berdasarkan 2 artikel yang ditulis oleh taikun tersebut.

Beliau mendakwa dalam artikel itu, taikun terbabit mendakwa beliau menderma RM200,000 kepada seorang Ahli Parlimen secara peribadi kerana wakil rakyat itu tidak dapat menggunakan wang parti secara bebas.

Khairul juga mendakwa dalam artikel itu, taikun terbabit mendakwa Ahli Parlimen itu meminta RM100,000 daripadanya.

Beliau berkata laporan dibuat kerana artikel itu mendakwa Ahli Parlimen itu menerima RM300,000 daripada taikun terbabit.

“Sebagai balasan, janjikan jawatan rasmi dalam kerajaan Perak,” katanya ketika dihubungi FMT semalam.

Khairul berkata artikel itu seperti mendakwa ahli politik kerajaan menerima sumbangan dana daripada ahli perniagaan.

Beliau meminta SPRM menyiasat kedua-dua individu terbabit “atas jenayah rasuah yang beliau telah akui dalam tulisan berkenaan.”

FMT sudah menghubungi Ahli Parlimen tersebut dan sedang menunggu respon beliau. – FMT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.