Maszlee Sedia Lepaskan Jawatan Presiden UIA?

KUALA LUMPUR – Menteri Pendidikan Maszlee Malik bersetuju meletakkan jawatan sebagai presiden Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Sumber yang dipetik daripada sebuah portal berita itu mengesahkan Maszlee sedang dalam proses melantik pengganti dalam masa yang sama mendapatkan persetujuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad seterusnya dapat perkenan Ketua Perlembagaan UIA Sultan Ahmad Shah.

Kabinet dilaporkan bersetuju dengan bantahan aktivis pelajar terhadap pelantikan Maszlee kerana bimbangkan kebebasan universiti dikekang oleh kuasa politik.

Memetik kenyataan pejabatnya, FMT melaporkan Maszlee terpaksa menangguhkan pengundurannya sehingga tamat istiadat konvokesyen empat hari yang bermula esok.

“Ia (universiti) masih perlu presiden, dan selepas proses konvokesyen, proses penggantian akan mengambil tempat,” seorang pembantunya dipetik sebagai berkata.

Terdahulu Maszlee menerima desakan pelbagai pihak agar melepaskan jawatan sebagai Presiden UIA.

Pelantikannya itu mewujudkan konflik kepentingan. yang baharu.-SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.