Latheefa Koya Digesa Mohon Maaf Secara Terbuka Atau Disaman

SHAH ALAM – Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Kota Damansara Shatiri Mansor hari ini menggesa Latheefa Koya membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya dalam tempoh 48 jam ekoran postingnya di Facebook berkenaan kupon sarapan dan makan tengah hari yang dianggapnya memfitnahnya.

Jelas Shariti Ahli Jawatankuasa Pusat PKR mengundang persepsi negatif apabila menggunakan ayat “kalau nak dapatkan kupon – kena undi aku dulu #akusucidalamdebu” seolah-olah menggambarkan ianya demi meraih undi pada pemilihan parti cabang Subang.

“Sidang media hari ini adalah berkenaan dengan satu fitnah dan persepsi negatif yang dilemparkan terhadap saya oleh Latheefa Koya melalui posting di laman Facebook beliau bertarikh 16 Oktober 2018 jam 17:53 petang.

“Saya percaya beliau memuat naik posting tersebut dengan niat jahat dan memberi tanggapan dan persepsi negatif ahli dan rakyat secara amnya terhadap saya dan saudara Rafizi Ramli sebagai pemimpin politik dan pesaingan politik dalam tempoh pemilihan parti ketika ini.

“Posting tersebut menggambarkan seolah-olah ada unsur rasuah atau membeli undi melalui kupon tersebut,” tambah beliau.,” katanya ketika sidang media.

Posting itu menurut Shatiri lagi telah disensasikan dan tular di media sosial sehingga menjadi modal pesaing politiknya untuk terus memberikan imej buruk kepadanya termasuklah calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.

“Disebabkan posting tersebut menjadi tular dalam media-media sosial dan ditambah pula kenyataan serta siaran media cetak termasuk akhbar berkenaan isu ini, ianya juga telah dimanipulasikan serta disensasikan sebagai modal politik untuk menjatuhkan reputasi dan kredibiliti saya oleh pesaing politik saya atau saudara Rafizi Ramli,” tambahnya.

Jelasnya, kupon makan yang tertera namanya dan rafizi Ramliy diedarkan kepada jentera dan urusetia yang bertugas pada majlis sembang santai pada 13 Oktober yang lalu.

“Saya ingin menegaskan bahawa saya dan mana-mana wakil saya sepanjang tempoh berkempan tersebut tidak menawarkan kupon tersebut dengan syarat atau mendapatkan balasan dengan memberi undi kepada saya seperti mana yang digambarkan oleh Latheefa Koya.

Selain permohonan maaf, Shatiri juga menuntut untuk Latheefa memadam postingnya pada 16 Oktober dalam masa yang sama perlu memberi jaminan tidak akan menerbitkan lagi ulasan berkenaan isu dakwaannya itu.

“Sekiranya beliau gagal memenuhi mana-mana tuntutan tersebut dan tidak memberikan sebarang maklum balas terhadap tuntutan ini, saya akan mengarahkan peguam saya untuk meneruskan tindakan undang-undang terhadap beliau termasuk saman di mahkamah,” tegasnya. -SuaraTv

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.