Guan Eng, Tolong Jelaskan Skim Insurans B40 – Pemuda UMNO
PETALING JAYA: Pemuda Umno menggesa Menteri Kewangan Lim Guan Eng menjelaskan pengumuman tentang sebuah syarikat insurans akan menyumbang RM2 bilion sebagai dana permulaan skim insurans untuk kumpulan isi rumah berpendapatan 40% terendah (B40).
Naib Ketua Shahril Hamdan berkata Lim semasa membentangkan Belanjawan 2019 berterima kasih kepada Great Eastern Life Insurance Malaysia (Great Eastern) atas sumbangan itu, tetapi media melaporkan syarikat itu belum setuju membuat sumbangan.
“Mana satu betul?” katanya di Facebook.
Shahril seterusnya berkata media sama melaporkan syarikat itu sedang berbincang dengan kerajaan Pakatan Harapan “bagi mendapat pengecualian” daripada syarat Bank Negara untuk menjual kepentingan 30% kepada syarikat tempatan.