Great Eastern Holdings Ltd Nafi Setuju Sumbang RM2 Bilion, Najib Bidas Guan Eng Kelirukan Parlimen

SHAH ALAM – Great Eastern Holdings Ltd, sebuah syarikat insurans Singapura mendakwa, pihaknya masih belum memberi kata putus berhubung sumbangan sebanyak RM2 bilion bagi memenuhi ketetapan pemilikan asing di Malaysia.

Kenyataan tersebut bercanggah dengan apa yang dinyatakan oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dalam pembentangan Belanjawan 2019 minggu lalu, di mana beliau mengumumkan Great Eastern bersetuju untuk mencarum RM2 bilion kepada dana pembangunan insurans. 

Memetik laporan portal Singapore Business Review (SBR), Great Eastern Holdings Ltd. ketika ini sedang berbincang dengan kerajaan Malaysia berhubung pilihan bagaimana Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Bhd. (Great Eastern) mampu memenuhi keperluan pemilikan asing.

Katanya, satu daripada pilihan tersebut adalah Great Eastern perlu menyalurkan dana amanah pembangunan khas, berkemungkinan besar dalam bentuk dana perlindungan kesihatan golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

“Pada peringkat ini perbincangan berkenaan pilihan masih lagi dijalankan dan maklumat terperinci mengenainya belum lagi dimuktamadkan.

“Berdasarkan pilihan yang sedang dipertimbangkan, Great Eastern Holdings Ltd. percaya perkara itu tidak akan memberi kesan material terhadap pendapatannya dan Great Eastern,” demikian kenyataan syarikat insurans itu hari ini.

Sementara itu, mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membidas Guan Eng ekoran mengeluarkan kenyataan yang tidak sahih apatah lagi di dalam dokumen belanjawan negara.

“Ucapan rasmi untuk belanjawaan negara pun boleh digunakan untuk mengelirukan Parlimen dengan menyebut perkara yang tidak sahih?

“Sudah dimaklumkan bahawa manifesto bukan kitab suci. Apatah lagi dengan sebuah dokumen yang amat penting seperti belanjawaan negara?,” sindir Najib di Facebook beliau. -SuaraTv 

2 thoughts on “Great Eastern Holdings Ltd Nafi Setuju Sumbang RM2 Bilion, Najib Bidas Guan Eng Kelirukan Parlimen

  • November 9, 2018 at 11:12 pm
    Permalink

    Org da tk sihat kemaruk semua org lain buat tk betul je? Cara fikir kau kosong pendik tk cukup akal? Semua taktik alih perhatian rakyat??? Nk raih simpati ?? Rakyat lebih bijak cerdik tk terpedaya pun?? Salah tetap tangkap dakwa tuduh hukum seberat2nya!!! Rakyat ditipu dianiaya olih org yg dipilih undi?? Sikap pecah amanah rasuah salahlaku korupsi bongkak takbur angkuh bodoh sombong amalan kau!!
    Tepis nafi elak berapa lama?? Saksi bukti ada…tunggu sama2 kita dpt tahu juga…!! PH amanah tanpa rasuah.. kau komplen je… pandai.. tk sedar salah sendiri …??tk mau akui salahlaku.?? Tkpe kita kan tahu juga..!!!

    Reply
  • November 9, 2018 at 11:17 pm
    Permalink

    Org da tk sihat kemaruk semua org lain buat tk betul je? Cara fikir kau kosong pendik tk cukup akal? Semua taktik alih perhatian rakyat??? Nk raih simpati ?? Rakyat lebih bijak cerdik tk terpedaya pun?? Salah tetap tangkap dakwa tuduh hukum seberat2nya!!! Rakyat ditipu dianiaya olih org yg dipilih undi?? Sikap pecah amanah rasuah salahlaku korupsi bongkak takbur angkuh bodoh sombong amalan kau!!
    Tepis nafi elak berapa lama?? Saksi bukti ada…tunggu sama2 kita dpt tahu juga…!! PH amanah tanpa rasuah.. kau komplen je… pandai.. tk sedar salah sendiri …??tk mau akui salahlaku.?? Tkpe kita kan tahu juga..!!! Mual muntah meluat muak jijik bila diingat2..!! Sakithati marah geram menyampah!!! Spesis semua sama korupsi.. rosak teruk dah!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.