FundMyHome: Jangan Sesiapa Berani Aniaya Dan Mangsakan Rakyat

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri berazam tidak akan berdiam diri dan terus bersuara mempersoalkan skim perumahan yang baharu diumumkan oleh Pakatan Harapan iaitu  FundMyHome kerana mencetuskan kegusaran dan tanda tanya.

katanya jika skim yang mencurigakan ini gagal dikaji semula dari pelbagai aspek khususnya dari aspek manfaat kepada rakyat pada akhirnya akan menjadikan pembeli sebagai mangsa dan teraniaya.

“Jika tidak dikaji secara menyeluruh, ditadbir urus dan dilaksanakan dengan baik, ini juga akan berlaku di Malaysia. Kita nak ke perkara sama berlaku di Malaysia?

“Saya tidak akan berdiam diri jika ia melibatkan masa depan negara dan rakyat. Jangan sesiapa berani aniaya dan mangsakan rakyat. Saya Najib Razak akan lawan,” katanya menerusi hantaran di facebook.

Katanya lagi, kegusaran yang disuarakan oleh Datuk A Kadir Jasin mengenai skim ini bukti ianya logik untuk dipertikaikan.

Jelasnya, bukan sahaja ia menimbul keraguan setelah ia dilihat telah dirancang awal sebelum Pembentangan Belanjawan 2019 malah Menteri Kewangan Lim Guan Eng tambahnya dilihat dipengaruhi oleh ahli perniagaan sehingga pada akhirnya cenderung memberi manfaat kepada pemaju berbanding rakyat.

“Bajet ini bajet untuk rakyat atau bajet untuk swasta? Kenapa skim memihak kepada keuntungan swasta dihebohkan dalam Bajet?

“Adakah Kementerian Kewangan kini berada di bawah pengaruh Ahli Perniagaan atau “Towkay” tertentu?

Kalau nak kata hanya saya seorang yang melahirkan kegusaran mengenai skim ini, tak juga.

“Penasihat Kerajaan PH, Kadir Jasin sendiri kata apa yang berlaku beberapa hari ini mendedahkan kerajaan kepada dakwaan amalan kronisme,” ujarnya.

Kadir mendedahkan tidak sepenuhnya yakin dengan skim pemilikan rumah baharu yang diumumkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng dalam Belanjawan 2019 yang dilihat mendedahkan kepada amalan kronisme.

Namun menurut Najib, Pakatan Harapan tidak melihat kekhuatiran terhadap FundMyHome pelbagai pihak termasuk pakar hartanah ini sebagai keutamaan. Masalah ini lebih besar daripada penjagaan imej kroni!

“Jika kita lihat kepada tajuk-tajuk berita yang keluar selepas skim ini diumumkan, ada ramai lain yang juga khuatir, apatah lagi bila diumumkan bahawa GLC dan KWSP juga boleh melabur dalam skim ini.

“Malah ada pakar hartanah yang turut bimbang skim ini akan mengakibatkan krisis sub-prime yang seterusnya meranapkan ekonomi negara.Saya bimbang kerana sama ada Menteri Kewangan tidak sedar dan tidak meneliti kesemua risiko ini sebelum bersetuju dengan cadangan pihak swasta,” tambahnya.

Sebelum ini taikun perniagaan Datuk Tong Kooi Ong berkata syarikatnya EdgeProp Sdn Bhd membentangkan cadangan skim FundMyHome kepada Putrajaya supaya ia boleh boleh dimasukkan ke dalam Belanjawan.-SuaraTv

8 thoughts on “FundMyHome: Jangan Sesiapa Berani Aniaya Dan Mangsakan Rakyat

  • November 10, 2018 at 12:52 am
    Permalink

    Kau tk aniaya rakyat?? Tk tipu rakyat? Tk khianati rakyat?

    Reply
  • November 10, 2018 at 12:53 am
    Permalink

    Tk bohong rakyat? Tk zalimi rakyat?

    Reply
  • November 10, 2018 at 12:54 am
    Permalink

    Tk tindas rakyat? Tk susahkan rakyat?

    Reply
  • November 10, 2018 at 12:56 am
    Permalink

    Tak mangsakan rakyat? Tk bohong rakyat?

    Reply
  • November 10, 2018 at 12:57 am
    Permalink

    Mual muak muntah meluat menyampah

    Reply
  • November 10, 2018 at 12:58 am
    Permalink

    PH bagus bijak amanah tk rasuah?

    Reply
  • November 10, 2018 at 1:00 am
    Permalink

    Masa kau da berlalu…usah mimpi !! Tk jadi apa pun??

    Reply
  • November 10, 2018 at 1:02 am
    Permalink

    Sedarlah salah sendiri?? Usah salahkan org lain?? Buat2 tk sedar kah?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.