Video : Wanita Ini Mengaku Diganggu Hantu Adiknya yang Meninggal Bunuh Diri

Donna Ayres merupakan wanita yang berusia 33 tahun yang tinggal di Burnley, Lancashire. Ketika ini dia menjalani aktiviti hariannya sebagai ibu kepada empat orang anak.

Seperti yang dilaporkan EliteReaders.com, Donna mengaku mengalami pengalaman yang aneh dimana dia melihat dan sempat merakam aktiviti paranormal melalui telefon bimbitnya.

Donna percaya makhluk yang mengganggunya adalah adik lelakinya, Paul, yang telah meninggal dunia membunuh diri pada tahun 2009. Semasa Paul masih hidup, hubungan Donna dan adiknya itu tidak pernah terjalin baik.

Ketika Paul meninggal dunia, Donna mula merasakan hal-hal yang menyeramkan dalam rumahnya.

Pada mulanya, Donna mendengar suara dentuman kuat pada malam hari dan juga terdapat goresan-goresan aneh di dinding rumah. Dia juga menemui kesan lebam di bahagian badannya.

Vas bunga bergerak sendiri

Donna merasa makhluk itu mengganggunya secara fizikal, maka Sefton Paranormal Investigators merasakan bahawa Donna diganggu oleh poltergeist (roh jahat). Donna akhirnya pindah rumah supaya tidak diganggu lagi.

Walaupun Donna dan keluarganya sudah berpindah tempat tinggal sebanyak lima kali, tetapi makhluk itu terus mengikuti dan mengganggu Donna.

Donna Ayres

Selain Donna, ahli keluarganya yang lain mengaku tidak merasa diganggu. Orang ramai mula meragui cerita Donna.

Disebabkan itu, dengan berbekalkan kamera handphonenya, Donna merakam sendiri aktiviti mistik itu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.