Video: Petron Nafi Jual Minyak 46 Sen Lebih Rendah Dari Harga Pasaran

SHAH ALAM – Syarikat minyak Petron Malaysia (Petron) yang dikaitkan dengan anak Tun Dr Mahathir Mohamad menafikan khabar angin yang menyebut syarikat itu telah menawarkan harga petrol RON95 pada harga RM1.85 seliter, 46 sen lebih rendah berbanding harga pasaran, RM2.31 seliter.

Memetik laporan Sinar Online, Petron telah mengeluarkan kenyataan rasmi melalui laman Facebook meminta orang ramai tidak terpedaya makluman promosi palsu berkenaan.

“Petron atau mana-mana wakil pihak Petron tidak pernah mengeluarkan kenyataan begini. Sila abaikan poster tersebut kerana ia adalah tidak benar.

“Terima kasih kerana melaporkan kepada kami akan perkara ini. Kami telah melanjutkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Kenyataan Petron itu sebagai menjawab kekeliruan orang ramai susulan tular poster ‘Petron umum penurunan harga RON95 kepada RM1.85 di Petron seluruh Malaysia’ di media sosial hari ini.

Sebelum ini bekas ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah mendedahkan Datuk Mirzan Mahathir merupakan pemilik Petron, yang didakwa membeli syarikat minyak itu hasil dari sumber kewangan dan keuntungan perniagaan syarikat arak terkemuka, San Miguel Corporation.

“Kemudian beli itu beer punya company. San Miguel, Filipina.

“Tetapi Mahathir punya anak, Mirzan beli beer punya company. Berapa harga? RM2,900 juta ringgit tunai.

“Kemudian selepas ambil San Miguel ini untung, beli Esso Malaysia. Kalau tak salah RM1.7 bilion, tukar nama kepada Petron,” kata kata Anwar dipetik dari satu rakaman ceramah sebelum pilihan raya umum yang lalu. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.