Video: Bantuan 1.5 Juta Untuk Pasca Banjir P.Pinang

KUALA LUMPUR – Biro Kebajikan UMNO (BiKUM) memperuntukkan sebanyak RM1.5 juta bagi membantu mangsa banjir tanpa mengira fahaman politik mahupun kaum untuk banjir di Pulau Pinang.

Pengerusinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, berkata dianggarkan tidak kurang 6,000 keluarga mangsa akan dibantu dalam misi itu dan lima pasukan perubatan dihantar ke Pulau Pinang bagi membantu memberikan rawatan percuma kepada mangsa banjir.

“Ini adalah kali ketiga bantuan disampaikan secara rasmi kepada mangsa banjir, namun kali ini kita dengan misi pasca banjir lebih tertumpu terhadap kawasan yang memerlukan bantuan.

“Antaranya Kepala Batas, Permatang Pauh, Nibong Tebal, Bagan, Bukit Mertajam, Tasek Gelugor, Batu Kawan, Balik Pulau, Jelutong dan beberapa kawasan lain.

“Jentera rakyat UMNO seramai 1,000 orang akan membantu mangsa dan menyerahkan sumbangan dari rumah ke rumah,” katanya pada sidang media, di sini, hari ini.

Shamsul juga berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Biro Kebajikan Pulau Pinang bagi mengagihkan bantuan kit keperluan harian, selimut tebal serta sumbangan kepada pelajar dan mangsa banjir di kawasan terbabit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.