‘Tak Tun Tuang’ Raih Hampir 1 Juta Tontonan

Video seorang jejaka kacak yang menyanyikan lagu Tak Tun Tuang menjadi tular di laman sosial.

Lagu Tak Tun Tuang dendangan asal penyanyi Indonesia, Upiak Isil kini menjadi siulan orang ramai.

Jejaka bernama Andi Bernadee itu memuat naik potongan video tersebut di laman Facebook miliknya pada 3 November lalu, lapor Gempak.

Sehingga kini, video nyanyian Andi meraih hampir satu juta tontonan serta lebih 20,000 perkongsian pengguna Facebook.

Rata-rata pengguna laman Facebook meninggalkan komen dan mengatakan mereka terhibur menonton nyanyian Andi.

“Saya tak jangka video ini viral. Semuanya tidak dirancang. Saya dengar lagu Tak Tun Tuang itu dari kawan dan saya terfikir nak cover lagu ini. Saya terus menyanyikan lagu ini dan kebetulan, ketika itu saya tak mandi lagi.

“Selepas itu, saya terus memuat naik video tersebut di laman Instagram. Apabila ramai yang respon di Instagram, saya memuat naik di laman Facebook. Tak sangka pula ramai yang memberikan maklum balas positif serta berkongsi video tersebut,” katanya.

https://m.facebook.com/andibernadee2015/videos/?mt_nav=1

Andi merupakan penyanyi baru yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia dan bakatnya dicungkil menerusi aplikasi Smule.

Andi kini muncul dengan single pertama yang berjudul Tiada Lagi Maaf, ciptaan sepenuhnya oleh Andi sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.