Steven Gerrard Dikritik, Tunjuk Kemewahan Dengan Beli Ipad Disaluti Emas Untuk Anak

Legenda Liverpool, Steven Gerrard telah dikritik ramai kerana didakwa cuba menunjukkan kemewahannya apabila memuatnaik hadiah mewah kepada anak perempuannya di dalam Instagram.

Bapa kepada empat anak itu memberikan hadiah ipad disaluti 18 karat emas untuk hadiah hari jadi anaknya, Lourdes, yang berusia enam tahun.

Beliau memuatnaik tiga keping gambar ipad bernilai kira-kira RM8,000 kepada 6.5 juta pengikutnya dalam Instagram beliau.

Namun tanpa disangka, peminat Gerrard telah membidasnya.

“Legenda sepanjang masa dan saya akan terus menyokong anda tetapi ini mengecewakan.

“Saya sukakan pasangan ini dan selalu rasa mereka ini rendah diri. Tapi ini mengarut untuk budak enam tahun. Apa yang dia akan dapat pula untuk tahun depan dan kenapa siarkan di dalam Instagram,” demikian soal peminat Gerrard.

Ada pula yang berkata jika ia sekadar iklan, maka ia sepatutnya menepati syarat Piawaian Agensi Pengiklanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.