Selepas Kontroversi Video Bigo dan Isu ‘Cashless’, Kini Fathia Bercakap Isu Harga Minyak Pula

Selepas mencipta kontroversi kerana berkemban dan menari separuh bogel menerusi aplikasi video Bigo Live dan salah anggap ‘cashless society’ sebagai ekonomi sistem barter, kini Fathia Latiff beralih ke isu harga minyak pula.

Menerusi laman twitternya, Fathia mempersoalkan kewajaran harga minyak di Malaysia dinaikkan 3 sen hingga 7 sen bermula tengah malam tadi susulan kenaikan harga minyak dunia.

“Dengar tak kitorang (kami) tak boleh terima harga minyak naik? Kitorang takda la kaya mana. Ke buat2 p.e.k.a.k?” katanya sambil mengiringi status itu dengan tanda pagar #SpeakUp,” katanya.

Status tersebut mengundang pelbagai reaksi pro kontra dari netizen, ada yang berpandangan Fathia tidak mengikut harga minyak semasa dunia dan ada juga yang mengandaikan artis itu prihatin dengan isu semasa.

“Hidup tu jangan bodoh sangat.. ambil tau sikit harga minyak dunia.. awak tu yang p.e.k.a.k! #speakup,” sindir Syahrin Afellay.

“Minyak naik pasal harga pasaran dunia, macam hang selalu tunjuk bangang… so harga pasaran ikut kebangangan hang ler,” kata seorang netizen yang menggunakan gelaran ApekButa.

“Baca ni jangan asyik nak meroyan aje. Masa minyak turun ko masuk gua,” tulis Muzaffar Ina yang berkongsi pautan berita pergolakan di Arab Saudi yang menyebabkan harga minyak dunia semakin tinggi.

Muzaffar Ina turut menambah komen berikut, “pandai cerita pasal online. Info harga minyak global dan faktor turun naik ko tak reti plak tgk online. Apa punya turrr,” katanya.

“babe, harga minyak kita ‘float’ as per global value,turun naik based on market, some more we r no more nett xporter, cosume more than produce,20 yrs b4 diff story,” ujar Izardy Amiruddin pula.

“Minyak naik sbb krisis di saudi la kak. Banyak membca la. Satu dunia minyak naik. Pergi kat petron pun minyk naik. Anak Mahathir punya tu. Kata lawyer? Lawyer shud read more,” sindir Abu Maliq Ariff‏.

Dalam perkembangan berkaitan, harga minyak dunia menyaksikan kenaikan tertinggi sejak Julai 2015, apabila semalam ia mencecah AS$64.64 setong berbanding AS$53.46 setong sewaktu Malaysia memperkenalkan harga apungan terkawal pada April tahun ini.

Sejak April tahun ini hingga sekarang, sebanyak 17 kali kenaikan dan 11 kali harga turun dengan jumlah keseluruhan masing-masing merekodkan 64 sen naik dan 64 sen turun bagi RON95. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.