Sekolah Di AS Jual Beg Sekolah Kalis Peluru

MIAMI – AMERIKA SYARIKAT – Sebuah sekolah swasta di Miami memberi pilihan baharu kepada ibu bapa dengan mula menjual beg sekolah kalis peluru.

Agensi melaporkan, menurut laporan CNN, Florida Christian School mempamerkan produk tersebut di laman webnya.

Dekan dan Ketua Sekuriti Florida Christian School, George Gulla berkata, panel balistik di dalam beg akan memberikan ‘perlindungan tambahan’ kepada pelajar tadika hingga gred 12 sekolah tersebut, lapor Sinar.

Sekolah itu tidak mempunyai sejarah serangan bersenjata oleh pelajarnya.

“Cikgu kami diajar untuk menunjukkan cara menggunakan beg tersebut sebagai perisai bagi melindungi pelajar,” kata George kepada CNN.

Amerika Syarikat kini dihantui serangan bersenjata, di mana kes paling berbahaya iaitu serangan di Las Vegas berlaku sebulan lalu.

Minggu lalu, sebuah gereja diserang dengan senjata automatik dan insiden itu meragut 26 nyawa.

Usaha Florida Christian School itu bagaimanapun diperlekehkan dan sesetengah pihak berpendapat produk tersebut turut merisiko pelajar.

“Kalau anda perlukan beg sekolah kalis peluru, bukankah anda juga perlukan baju dan helmet kalis peluru, selain jadikan seluruh anggota badan kalis peluru?,” soal Kenneth Trump, seorang pakar keselamatan sekolah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.