Polis Buru Pengurus Rogol Pekerja Bawah Umur

KUALA LUMPUR – Seorang remaja perempuan mendakwa dirogol sebanyak dua kali selepas diperdaya oleh pengurus tempatnya bekerja dalam kejadian di Puchong Prima, dekat Subang Jaya baru-baru ini.

Menurut sumber, mangsa, 17, baharu bekerja selama lima hari di kedai kek diurus suspek berusia 50-an tersebut.

“Kejadian berlaku pada 24 Oktober lalu kira-kira pukul 11 tengahari, selepas mangsa dijemput oleh suspek dengan menaiki kereta.

“Suspek membawa mangsa ke rumahnya di Puchong Prima, dan mengarahkan supaya mengikutnya untuk mengambil barang di dalam bilik,” katanya di sini hari ini, lapor Utusan.

Ujar sumber itu lagi, suspek kemudian mengunci pintu bilik dan memaksa mangsa melakukan hubungan seks dengannya sebanyak dua kali sebelum mengugutnya supaya tidak memberitahu sesiapa mengenai kejadian itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari mengesahkan menerima laporan polis mengenai kejadian tersebut.

“Kita ada terima laporan dibuat ibu bapa mangsa dan suspek sedang dikenalpasti.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya dalm satu kenyataan di sini hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.