Myvi Baru Rekaan Sepenuhnya Oleh Anak Gombak

Heboh satu Malaysia sejak awal minggu ini berkenaan model terbaharu Myvi generasi ke-3 dari Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) yang sudahpun dipamerkan (sebahagian badannya) di Malaysia Automotive Institute (MAi) Auto Show di MAEPS, Serdang, hari ini.

Sejak mula diperkenalkan pada 2005 berasaskan jenama kenderaan Daihatsu, Myvi menjadi pilihan ramai pengguna kenderaan Malaysia terutama di bandar berikutan saiz kompak tetapi cukup selesa untuk pemanduan harian dan hujung minggu.

Juga popular bagi kebanyakan generasi muda, model generasi keduanya juga mencatatkan jualan tertinggi menjadikan Myvi sebagai kenderaan paling laris untuk 8 tahun berturut-turut dari tahun 2006 hingga 2013.

Dengan generasi terbaru Myvi, Perodua nampaknya sudah cukup dewasa untuk mengeluarkan sebuah kenderaan ciptaannya sendiri dengan 99.9 peratus pembangunan Myvi model terbaru ini adalah hasil titik peluh anak jati Malaysia sendiri.

Tulis portal berkenaan, pereka model terbaharu Myvi ini berasal dari Gombak, Selangor.

Dilengkapi dengan pelbagai kawalan elektronik yang mempertingkatkan keselamatan, Myvi kali ini juga dilengkapi dengan empat beg udara (dua hadapan, dua sisi) bagi model 1.3L sementara enam bagi udara (dua hadapan, dia sisi, dua curtain) untuk model 1.5L.

Dikatakan juga, model Myvi kali ini juga mempunyai bunyi paling senyap memberikan perasaan pemanduan mewah dan selesa kepada pemandu.

Berikut merupakan spesifikasi model terbahari Myvi gen-3

– Enjin 1.3L DVVT-i 1NR-VE 4 silinder DOHC/ 1.5L DVVT-i 2NR-VE 4 silinder DOHC

– Transmisi 1.3L (AT/MT) / 1.5L (AT)

– Butang push start

– Beg udara (empat bagi model 1.3L dan enam bagi model 1.5L)

– Lampu hadapan LED automotik dilengkapi fungsi ‘follow home’

– Lampu belakang Light Tube

– sensor undur

– Tayar 14 inci rim aloy (1.3L) / 15 inci rim aloy dua tona (1.5L)

– Spoiler belakang (model 1.5L)

– Harga 1.3L RM44,300 (MT), RM46,300 (AT) RM48,300 Premium X (AT)

– Harga 1.5L RM41,800 (AT), RM55,300 Advance (AT).

 

Kredit mD

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.