Lelaki Tendang Staf Wanita BNM Tanpa Sebab

KUALA LUMPUR — Polis giat memburu seorang lelaki yang menendang staf Bank Negara Malaysia (BNM) sewaktu menuruni tangga jejantas dekat bank itu.

Dalam rakaman CCTV, lelaki itu yang disyaki individu dalam kes sama tahun lalu menendang wanita itu dari belakang tanpa sebab pada Isnin lalu.

Video 14 saat itu menunjukkan mangsa terjatuh terduduk sambil memandang suspek, yang berjalan tanpa sebarang reaksi, lapor Kosmo. 

Ketua polis Dang Wangi berkata suspek itu berjalan terus menyeberangi jalan ke bangunan Bank UOB selepas menendang mangsa. 

Paparan skrin video CCTV menunjukkan seorang lelaki menendang wanita dari arah belakang di jejantas dekat Bank Negara Malaysia, 30 Jun 2016.“Berdasarkan rakaman CCTV, kita percaya suspek adalah individu sama pernah terlibat dalam satu lagi kes serupa,” kata ACP Shaharudin Abdullah.

“Dia telah dibebaskan dari penjara pada Julai tahun lalu,” katanya lagi, yang tidak menolak kemungkinan suspek mengalami kecelaruan mental. 

Kakitangan BNM itu mengalami sakit di bahagian belakang, tambahnya. Kes itu disiasat bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan. 

Sebelum ini, suspek berusia 30-an itu dipenjara tiga bulan kerana menendang wanita, seorang setiausaha di Bukit Aman, pada Julai 2016. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.