Lelaki Ini Sanggup Tinggalkan Keluarga Untuk Menjadi Transgender

KANADA – Seorang bapa berusia 53 tahun memilih jalan hidup yang berbeza berbanding kebanyakan bapa lain.

Dilaporkan dari ViralThread, seorang lelaki bernama Paul mengambil keputusan untuk meninggalkan kehidupannya sebagai seorang lelaki,suami dan juga bapa.

Lelaki yang berasal dari Kanada tersebut memilih untuk menjadi seorang transgender bernama Stefonknee Wolscht berusia 6 tahun.

Langkah ini diambil ketika dia menyedari bahawa dia bukan hanya sekadar seorang tukang kayu. Akan tetapi, dia adalah seorang transgender.

Stefonknee Wolscht (Viralthread).

Stefonknee yang ketika itu berumur 46 tahun turut memberikan syarat kepada isterinya. Sama ada dia dibenarkan menjadi seorang transgender atau dia akan meninggalkan isterinya yang hidup bersamanya selama 23 tahun dengan tujuh orang anaknya.

Dikatakan oleh The Daily Xtra, dia mengatakan bahawa dia tidak boleh berhenti untuk menjadi seorang transgender.

Sebenarnya, Stefonknee menyedari bahawa dirinya berbeza sejak dia berusia 6 tahun. Dia merasa iri hati ketika kawan-kawan perempuannya boleh memakai gaun yang cantik sedangkan dirinya tidak.

Namun, kerana keadaan sekeliling dan tekanan sosial, dia memutuskan untuk hidup sebagai Paul. Setelah menikahi kekasihnya, Maria, dia melakukan sebuah eksperimen dengan mengenakan pakaian wanita.

Pada mulanya, Maria pelik melihat kelakuan suaminya itu, tetapi dia membiarkan sahaja. Namun, di satu ketika, Stefonknee mendapat suatu pertanda. DIa mengikrarkan diri bahawa dirinya adalah seorang transgender.

Setelah menghadiri beberapa seminar berkaitan transgender di Toronto, dia tahu bahawa dia tidak boleh bersembunyi lagi. Pada suatu malam, dia mengumpulkan isteri dan ketujuh anaknya di ruangan meja dapur.DIa mengatakan kepada mereka bahawa dia merasakan dirinya sebagai seorang wanita yang terperangkap di tubuh laki-laki.

Anak-anaknya terkejut mendengar kenyataan tersebut. Dia mendapat kecaman dari anak-anaknya. Setelah mendapat penolakan dari anak-anaknya, Stefonknee berpindah ke Toronto.

DIa melakukan terapi perubahan hormon. Namun, sayangnya hasilnya tidak sesempurna yang dia bayangkan.

Dia terpaksa menghadapi kesusahan dalam hidupnya kerana dipecat dari pekerjaannya. Dia juga  pernah merasa tertekan dan ingin bunuh diri. DIa kemudian tinggal di tempat perlindungan masyarakat selama berbulan-bulan.

Namun, hidupnya berubah sejak dia bertemu dengan seorang rakan yang berniat mengambilnya sebagai ‘anak angkat’. DIa diperbolehkan memakai gaun kanak-kanak dan bermain permainan kanak-kanak. Ketika itu dia merasa bahawa dia memiliki seorang ayah dan ibu.

DIa mula merasa bahagia dan melupakan masa silamnya. Walaupun kini dia berusia 53 tahun, tetapi kehidupannya seperti gadis berusia 6 tahun yang hanya bermain.

Keluarganya yang telah ditinggalkan sehingga kini masih belum diketahui.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.