Kren Tumbang Cederakan Orang Awam dan Pekerja Pembinaan

KUALA LUMPUR – Sebuah kren di tapak pembinaan tumbang dan menghempap kenderaan di pembinaan Projek Legasi, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, ibu negara yang mencederakan seorang pekerja dan dua orang awam.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira jam 12.30 tengah hari tadi.

Selain itu, dua buah kereta lagi iaitu Isuzu dan Mercedes turut mengalami kerosakan akibat terkena libasan kabel terputus.

Menurut seorang saksi, Norazila Sahbari, 25, dia mendengar bunyi yang sangat kuat sehingga anaknya turut menangis.

Risau dengan keadaan itu, Noraliza bergegas berlari keluar mendapatkan anaknya dan melihat kren tersebut sudah jatuh dan menghempap kereta.

Sementara itu, seorang mangsa yang terselamat, Zukri Hussin, 57, yang sedang menunggu di dalam kereta Mercedes tersebut memberitahu kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 12.30 tengahari.

“Kren itu tumbang sewaktu saya berada di dalam kereta dan berhenti di bahu jalan. Akibat kejadian itu, saya mengalami kecederaan di bahagian tangan akibat terkena serpihan kaca,” katanya di sini hari ini.

Dalam satu kenyataan, UDA Holdings Berhad (UDA) telah memaklumkan kepada pihak terbabit untuk menutup kawasan tersebut dengan segera.

“Siasatan terperinci akan dijalankan dan maklumat lanjut akan diberikan setelah semua kerja-kerja siasatan tamat,” katanya. – AntaraPos

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.