Kemudahan Mahathir Tak Pernah Ditarik -JPM

Kerajaan tidak pernah menarik apa-apa kemudahan yang disediakan kepada mana-mana mantan Perdana Menteri termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad sebagaimana yang tular di media sosial baru-baru ini.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) hari ini bahawa, kerajaan turut menegaskan bahawa layanan sama rata diberikan kepada semua mantan Perdana Menteri.

Menurut JPM, pejabat Dr Mahathir dibekalkan dengan perjawatan yang meliputi pejabat di Yayasan Kepimpinan Perdana (KYP) dan kediaman di The Mines Resort City, Selangor selaras dengan Akta Ahli Parlimen (saraan), 1980 (Akta 237).

“Secara keseluruhan, perjawatan yang diperuntukkan kepada Tun Dr Mahathir adalah sebanyak 21 perjawatan.

“Semua perjawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pihak kerajaan meliputi pembayaran gaji, elaun tuntutan dan lain-lain kemudahan yang layak dinikmati sebagai penjawat awam. Malah, kerajaan turut menanggung bayaran-bayaran utiliti di YKP dan kediaman rasmi beliau sehingga kini,” katanya.

Katanya, selain itu, kerajaan turut menanggung kos bagi bayaran elaun makan dan lain-lain kos kepada juruiring, pengawal peribadi, pegawai perubatan dan penolong pegawai khas bagi lawatan-lawatan yang dihadiri Dr Mahathir ke luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.