Ambiga Digesa “Bersih” Diri Segera Isu Dana RM90 Juta

KUALA LUMPUR – Tiada gunanya Datuk S. Ambiga melaungkan perjuangan Bersih sekiranya beliau sendiri gagal membersihkan namanya atas dakwaan pemberi maklumat kepada editor Sarawak Report, Clare Rewcastle Brown.

Ketua Wanita Parti Progresif Penduduk (MyPPP), Helen Mening Sagang berkata, sepatutnya Ambiga menjelaskan dakwaan Brown dan bukannya melencongkan isu sebenar untuk melepaskan diri.

“Sikap dan reaksi Ambiga ini yang enggan membersihkan namanya melalui pengakuan mahupun penafian ternyata bertentangan dengan perjuangannya dalam pelbagai kempen Bersih selama ini.

“Wanita MyPPP mendesak Ambiga segera mengaku atau menafikan adakah benar ada perbualan di antara dirinya dan Brown tentang penyaluran dana oleh Perdana Menteri kepada pemimpin Pas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Khamis lalu, bekas pengerusi Majlis Peguam itu berkata, terdapat cubaan menganiayanya susulan beliau dinamakan sebagai pemberi maklumat kepada Brown berhubung dakwaan Pas menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri.

Dakwaan itu berdasarkan kandungan dua perenggan dari penyataan pembelaan editor Sarawak Report itu amat janggal dan jarang berlaku.

Dokumen mahkamah itu telah difailkan berhubung saman fitnah Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terhadap Brown pada April lalu.

Dalam saman tersebut, Abdul Hadi mendakwa beliau telah difitnah dalam rencana Sarawak Report bertajuk ‘As Najib denies all over 1MDB let’s not forget his many other criminal connection’ bertarikh 6 Ogos 2016. – MalaysiaGazette

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.