5 Kanak-Kanak Maut Main Bom Tangan

NAIROBI – Sekurang-kurangnya lima kanak-kanak terbunuh ketika bermain dengan bom tangan di sebuah sekolah di Tanzania utara, kata seorang pegawai tempatan kepada AFP.

“Kami sedih dengan kematian lima kanak-kanak serta 23 lagi yang cedera,” kata seorang pegawai kerajaan tempatan, Adroniz Rurindoli, di wilayah Ngara, tempat sekolah terbabit.

“Kemalangan berlaku pagi tadi (Rabu). Kanak-kanak itu bermain dengan bom tangan yang mereka sangkakan hanyalah satu objek logam,” katanya, lapor BH.

Rurindoli berkata, semua mangsa berusia antara tujuh dan sembilan tahun.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.