Video: Peniaga Tamak Kena ‘Sound’ Dengan Menteri KPDNKK

KLANG – Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hamzah Zainuddin menempelak seorang pembeli di sebuah kedai runcit yang membeli minyak masak paket 1 kilogram bersubsidi melebihi had dibenarkan.

 

Insiden tersebut berlaku apabila pembeli tersebut yang juga merupakan seorang peniaga cuba untuk membeli satu kotak minyak masak bersubsidi tersebut.

 

Tindakan tamak wanita berbangsa cina itu telah menyebabkan beliau dimarahi oleh Menteri KPDNKK itu kerana disifatkan sebagai tidak bertimbang rasa terhadap pengguna lain.

 

Hal ini berlaku ketika beliau mengadakan lawatan mengejut di Pasar Besar Meru dan kawasan sekitarnya.

 

Minyak masak bersubdidi 1 kilogram hanya dibenarkan pembeliannya untuk kegunaan rumah dan bukannya golongan peniaga.

 

Setiap pembeli dihadkan membeli dua paket sahaja (2 kilogram) bagi setiap kali pembelian bagi memastikan minyak masak bersubsidi sampai kepada golongan sasar. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.