Skandal Splash: Hannah Yeoh Tolak Usul Tergempar Adun BN

SHAH ALAM – Sidang Dewan Negeri Selangor (DUN) menolak usul tergempar yang dibawa oleh Barisan Nasional (BN) berhubung isu pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (SPLASH), berjumlah RM2.975 bi­lion iaitu 10 kali ganda lebih tinggi daripada tawaran asal sebanyak RM250.6 juta.

 

Speaker DUN, Hannah Yeoh berkata usul terbabit ditolak kerana Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali telah memberi penerangan mengenainya ketika sesi penggulungan kerajaan dalam perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2017.

 

“Dewan Negeri bukan memilih untuk menerima sesuatu usul. Hal itu kerana terdapat usul dari pihak kerajaan juga ditolak jika dirasakan tidak wajar,” katanya dalam sidang media di Bangunan Annexe, di sini.

 

Hannah turut berkata usul terbabit ditolak kerana ia masih dalam perbincangan antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.

 

ADUN BN-Sungai Burung, Datuk Samsudin Lias semalam membuat permohonan untuk membawa usul tergempar bagi menggesa isu pengambilalihan Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) untuk dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban, dan Ketelusan (SELCAT).

 

Azmin sebelum ini dikecam hebat pelbagai pihak kerana bersetuju dengan kos pengambilalihan yang terlalu tinggi menuduh ia telah dipersetujui oleh Menteri Besar Selangor sebelum itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

 

Dakwa Azmin, Abdul Khalid menerusi dua surat rasmi bertarikh 25 Jun dan 19 Julai 2009 telah bersetuju dengan jumlah tawaran RM2.975 bi­lion tersebut kepada SPLASH.

 

Abdul Khalid bagaimanapun menafikan itu dan menjelaskan kerajaan ne­geri menerusi Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) telah menerima cadangan untuk mengambil alih aset serta ekuiti empat syarikat konsesi air di Sela­ngor iaitu Puncak Niaga Sdn. Bhd., Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (SYABAS), SPLASH dan Konsortium ABASS Sdn. Bhd.

 

Menurutnya, kaedah peni­laian yang digunakan untuk setiap kumpulan adalah berbeza dan atas sebab itulah nilai tawaran setiap syarikat turut berlainan.

 

Tambah Abdul Kha­lid, dalam tawaran ter­akhir kerajaan ne­ge­ri kepada SPLASH di bawah rancangan penstrukturan industri itu adalah sebanyak RM250.6 juta meliputi bayaran ekuiti serta tanggungan hutang berjumlah RM1.564 bilion.

 

Namun Abdul Kha­­­lid menjelaskan, Splash bagaimanapun mempertikaikan tawaran kerajaan negeri berdasarkan pulangan ekuiti 12 peratus semasa pentadbirannya.

 

Malah ujarnya, tawaran kerajaan negeri itu juga dimaklumkan kepada Bursa Malaysia dan pihak berkuasa terlibat kerana melibatkan beberapa syarikat yang tersenarai dalam terbitan awam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.