Donald Trump Menang, Rakyat Amerika Serbu Laman Web Imigresen Kanada

KUALA LUMPUR – Perkembangan terkini pilihan raya Presiden Amerika Syarikat menunjukkan calon kontroversi Parti Repulikan, Donald Trump semakin pasti muncul sebagai pemenang.

 

Keputusan tidak rasmi terbaru menyaksikan Trump selesa dengan penguasaan 276 undi elektoral berbanding Hilarry Clinton dari Parti Demokrat yang hanya mendapat 218 undi elektoral.

 

Kebetulan yang menarik, laman web Imigresen Kanada dilaporkan secara tiba-tiba tidak dapat diakses dipercayai pelayan (server) tidak dapat menampung jumlah pengunjung yang luar biasa.

 

Media US termasuk CNN dan pengguna media sosial di Amerika membuat spekulasi kemungkinan ramai rakyat negara itu yang tidak senang dengan dasar Trump akan beramai-ramai berhijrah ke Kanada.

 

Dalam perkembangan yang sama, akaun Twitter rasmi kerajaan Kanada turut menghangatkan spekulasi tersebut apabila mengalu-alukan penghijrahan warganegara lain ke negara itu.

 

“Di Kanada, pendatang digalakkan membawa bersama tradisi budaya mereka untuk dikongsi bersama,” kata status tersebut yang telah ditweet semula oleh hampir 50,000 pengguna twitter.

 

Beberapa orang artis popular seperti Cher dan Luna Dunham sebelum ini pernah menyuarakan hasrat berpindah ke Kanada jika Trump menang jawatan Presiden.

 

Manakala tinjauan pendapat yang dilakukan Morning Consult/Vox pada Mei lalu merekodkan 28 peratus rakyat Amerika sedia mempertimbangkan pilihan berpindah ke negara lain jika Trump menang pilihan raya ini. – SuaraTV

One thought on “Donald Trump Menang, Rakyat Amerika Serbu Laman Web Imigresen Kanada

  • November 9, 2016 at 10:03 pm
    Permalink

    Miley Cyrus mentioned before she will move to Australia if Donald Trump win the election.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.