Video: Aksi Menakjubkan Dua Lelaki ‘Kejar’ Pesawat Di Udara

KUALA LUMPUR – Selepas aksi menarik dan mencuit hati sekumpulan pramugari syarikat penerbangan Emirates Airline yang muncul ke tengah padang sebelum perlawanan bola sepak antara Benfica menentang Sporting Lisbon dalam Liga Primeira Portugis bermula baru-baru ini, syarikat penerbangan tersebut nampaknya sekali lagi berjaya mencetuskan fenomena baharu dalam dunia penerbangan.

 

Manakan tidak, video yang dimuat naik dilaman YouTube XDubai pada 4 November lalu menyaksikan dua lelaki ‘bersayap’ terbang dengan laju seolah mengejar pesawat tersebut di ruang udara bandaraya Dubai, Emeriah Arab Bersatu (UAE), nyata membuat pengguna media sosial teruja.

 

Memetik laporan media antarabangsa, dua lelaki terbabit, Yves Rossy dan Vince Reffet adalah stuntmanatau pelagak ngeri profesional.

 

Menerusi rakaman video berdurasi 1 minit 39 saat itu, Rossy dan Reffet muncul dari arah belakang pesawat penumpang terbesar di dunia Airbus, A380 itu pada ketinggian lebih kurang 5,000 kaki sebelum kedua-dua dilihat berlegar ke kiri dan kanan pesawat tersebut.

 

Menurut laman web rasmi Jetman.com, aksi berani dan pelik kedua lelaki terbabit yang berlatarkan bangunan pencakar langit Buruj Khalifa yang merupakan ikon bagi bandar tersebut dibuat selepas perancangan rapi dengan syarikat pesawat itu.

 

Dua juruterbang berpengalaman itu dilepaskan dari sebuah helikopter menggunakan sayap berkuasa jet yang terkecil di dunia, sebelum mengekori Airbus A380.

 

“Berbekalkan cita-cita dan wawasan luar biasa demi melangkau batasan yang mampu terfikirkan, Jetman Dubai dan Emirates A380 menerobos ruang udara Dubai dalam penerbangan formasi yang mengagumkan,” tulis keterangan tersebut di YouTube.

 

Aksi penerbangan menakjubkan itu berakhir apabila Rossy dan Reffet masing-masing berpecah meninggalkan pesawat Airbus itu.

 

Sehingga kini, video yang dimuat naik kurang seminggu itu telah ditonton lebih 11 juta penonton. – mD

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.