Khairy Bekal Semangat Buat Shahrom

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berharap penjelajah negara, Shahrom Abdullah yang akan berlepas ke Antartika pada khamis ini bagi Misi Ekspedisi KE7B Rentas Kutub Selatan 2015, dapat mengekalkan fokus dari segi mental, fizikal dalam menghadapi cabaran cuaca sejuk melampau di benua ais Kutub Selatan itu.

 

Khairy turut melahirkan rasa bangga di atas usaha Shahrom dalam misi tersebut dan inisiatif yang diambil pihak KE7B yang menggerakkan misi ekspedisi itu dalam usaha menaikkan nama Malaysia di mata dunia.

 

Shahrom bakal memulakan ekspedisi merentas Kutub Selatan pada 21 November ini dari Messner Inlet ke titik sifar darjah Kutub Selatan sejauh 1000 kilometer dalam tempoh 50 hingga 60 hari.

 

Beliau akan menggunakan ski sepanjang ekspedisi tersebut dengan menarik beban ‘sledge’ dalam usaha melengkapkan misi itu. Ini sekali gus menobatkan Shahrom sebagai rakyat Malaysia pertama yang melakukan ekspedisi seumpama itu.

 

Terdahulu, Shahrom bersama Presiden Kelab Eksplorasi 7 Benua Malaysia (KE7B), Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin dan Pengarah Media KE7B, Hazran Mohamed, mengadakan kunjungan hormat di pejabat Khairy di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya petang tadi.

 

Turut hadir Presiden KE7B, Muhamad Muqharabbin bin Moktarruddin (kanan) dan Pengarah Media KE7B, Hazran Mohamed. – SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!