Video: Peniaga Singapura Aniaya Pelanggan, Bayar Duit Guna Syiling Dan Campak Atas Lantai

Singapura- Baru ini rakaman kejadian viral apabila seorang warga Vietnam dilaporkan terpaksa merayu untuk mendapatkan duit balik selepas di tipu oleh peniaga Mobile Air di Sim Lim Square.

Terbaru satu lagi klip video yang memaparkan peniaga yang sama berkelakuan tidak baik terhadap seorang pelancong China dengan memulangkan SG$1010 dalam bentuk 18kg duit syiling termasuk 1 sen dan 5 sen dan SG$463 wang tunai pada 28 Oktober, baru-baru ini.

Mangsa, Miss Zhou menghabiskan masa 4 jam di situ untuk mengira kesemua duit syiling itu. Selesai mengira, pihak bank pula tidak mahu tukarkannya kepada duit kertas.

Kerana kejadian berkenaan kerajaan China telah memperingatkan rakyatnya supaya berhati-hati apabila membeli barangan elekronik di Singapura berikutan aduan membabitkan peniaga elektronik di negara itu.

Kementerian Luar China memuat naik notis dalam laman web rasminya Rabu lalu menjelaskan terdapat banyak laporan mengenai penipuan terhadap pelancong yang membeli telefon bimbit dan produk elektronik lain.

Baca: Peniaga Cina Singapura Tipu Pelanggan, Terpaksa Sujud Minta Maaf

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.