Teka Teki Status Perkahwinan Dynas Terjawab

Kuala Lumpur – Akhirnya pelakon, pengacara dan usahawan, Dynas Mokhtar mendedahkan status dirinya yang selama ini menimbulkan teka-teki.
Dynas secara rasmi berpisah dengan bekas suaminya, Hafizy Hafiz sejak 25 Februari lalu.
Dynas berkahwin dengan Hafizy pada 15 Mac 2008. Mereka bercinta dua tahun sebelum membuat keputusan untuk berkahwin.
Perkahwinan mereka dikurniakan sepasang anak iaitu Khyra Khalysa dan Mohamed Haqaish.
Kata Dynas, merka bercerai kerana tidak lagi mesra seperti dulu:-
Masalah komunikasi menyebabkan hubungan kami jadi hambar. Tak macam awal perkahwinan, kounikasi menjadi teras kekuatan kami. Kami berkongsi itu dan ini. Tetapi ketika kami bergelut mempertahankan perkahwinan ini, masing-masing buat hal sendiri.
Boleh dikatakan kami bercakap pun hanya fasal anak. apabila sudah lama tidak berkomunikasi, asal bercakap saja boleh jadi gaduh. Ketika ini saya mula sedar, apa yang penting suami isteri mendengar dulu apa yang mahu pasangan mereka luahkan sebelum pantas memberikan maklumbalas.
Dynas mendakwa dia mengalami kemurungan sehingga menemui pakar psikiatri selama berdepan dengan masalah rumahtangga.
Bagaimanapun dia memberitahu yang Hafizy ialah seorang suami yang baik dan bertanggungjawab. Untuk bersama semula dia menyerahkan pada Yang Esa, cuma dia dan Hafizy keduanya kini mencuba untuk tidak memandang ke belakang lagi. Keduanya akan terus berbaik demi anak-anak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.