Selepas Dikritik Hebat, JPJ Akhirnya Kaji Semula Operasi Lampu strobe Dan Nombor Plat

Kemaman – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menilai semula keberkesanan operasi khas yang dilancarkan sejak 1 November lepas bagi membanteras penggunaan lampu strobe, lampu HID dan nombor pendaftaran kenderaan yang tidak mengikut spesifikasi di seluruh negara.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, penilaian terperinci sama ada operasi berkenaan diteruskan atau dihentikan akan diputuskan selepas operasi sebulan itu berakhir 30 November ini.

Dalam tempoh seminggu operasi itu, sebanyak 5,515 saman telah dikeluarkan terhadap tiga kesalahan itu, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya operasi bersepadu itu bukan untuk mencari kesalahan pengguna dan penguatkuasaan semata-mata malah ia lebih kepada mendidik pemandu mematuhi peraturan ketika berada di jalan raya.

Operasi itu turut melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pengangkutan Darat Awam (SPAD).

Ismail berkata, JPJ meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik merupakan satu inisiatif untuk mengurangkan kadar kemalangan maut.

Beliau berkata, pihaknya menjangka sebanyak 10,716 nyawa akan melayang di atas jalan raya akibat kemalangan menjelang 2020.

“Jadi kita meneruskan penguatkuasaan dengan cara mendidik agar jumlah kematian itu dapat dikurangkan kepada angka 5,358 orang setahun dalam tempoh yang sama,” katanya.

 

Baca: JPJ Diarah Bayar Ganti Rugi RM76,835 Kepada Peniaga

Baca: Lelaki Ludah Pegawai JPJ Kerana Tak Puas Hati

Baca: Ops Khas: JPJ Terima Kecaman Hebat

3 thoughts on “Selepas Dikritik Hebat, JPJ Akhirnya Kaji Semula Operasi Lampu strobe Dan Nombor Plat

  • November 10, 2014 at 2:22 am
    Permalink

    KALAU NOMBOR PENDAFTARAN KENDERAAN TAK IKUT SPESIFIKASI UKURAN JPJ,BOLEH BERLAKU KEMALANGAN EH?

    Reply
  • November 12, 2014 at 12:01 pm
    Permalink

    come on JPJ , stand firm on your decision. crack down on illegal number plat & HID light till the end. Just because a little criticism you make U-TURN on your rules.
    suggestion, JPJ take over the role of plate distribution. standardise fonts just like other ASEAN countries Thailand & Vietnam.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.