Robin Dikatakan Semakin Paranoid Sebelum Gantung Diri

London – Robin Williams telah menjadi semakin paranoid ketika membunuh dirinya dengan menggantung diri, tetapi beliau tidak dikesan mengambil alkohol atau dadah di dalam sistem badannya.

Terdapat juga tanda-tanda bahawa pelakon ini, yang baru didiagnosis dan disahkan mengalami penyakit Parkinson telah cuba untuk memotong pergelangan tangan kirinya, menurut hasil laporan bedah siasat.

Selain itu, tiada nota bunuh diri atau petunjuk lain yang menunjukkan beliau merancang untuk membunuh diri ditemui di tempat kejadian.

Pelakon berusia 63 tahun ini ditemui mati pada 11 Ogos lalu di rumahnya di Marin County, utara San Francisco.

Koroner Marin County, Robert Doyle berkata siasatan berkaitan kematiannya telah selesai, dengan menyatakan sebab kematian sebagai ‘asfiksia akibat tergantung’ dan cara kematian sebagai ‘membunuh diri.’

Sejarah perubatannya dilaporkan merangkumi kemurungan, penyakit Parkinson dan peningkatan baru-baru ini dalam paranoia, menurut hasil daripada laporan kematian yang dikeluarkan koroner terbabit.

Laporan itu dilengkapi dengan butir-butir lain antaranya sejarah perubatan Williams, termasuk dia telah menunjukkan gejala Parkinson sejak 2011, termasuk gegaran tangan kiri dan pergerakan tangan kiri yang semakin lambat.

Dia didiagnosis dan disahkan mengidap penyakit itu pada November 2013.

Laporan itu juga memberikan gambaran terperinci tentang bagaimana tubuh Williams ditemukan tergantung dengan tali pinggang dari pintu almari di dalam bilik tidur anak tirinya.

Ia turut menyatakan bahawa pisau saku berukuran 3-inci (7.5 sentimeter) ditemui berhampiran mayatnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.