Pakar Saintifik Binggung, Ribuan Ikan Mati

Rio De Jenerio – Pakar-pakar menjadi bingung untuk memberikan penjelasan secara saintifik apabila ribuan ikan telah mati secara misteri di Teluk Rio yang akan menjadi tuan rumah kepada acara pelayaran pada Sukan Olimpik 2016.

Guanabara Bay telah menjadi subjek perhatian para pelaut yang ingin bersaing di Rio kerana kotoran manusia yang akan dipam ke dalam perairannya.

Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) telah melahirkan keyakinan bahawa Guanabara akan sesuai untuk digunakan menjelang pertandingan tersebut.

Tetapi baru-baru ini beribu-ribu ikan telah mati, dan bau busuk busuk bangkai tersebut menyebabkan penelitian lebih lanjut perlu dilakukan dengan Sukan Olimpik kurang daripada dua tahun lagi.

Para saintis bingung dengan fenomena tersebut tetapi berkata tidak ada bukti setakat ini yang menunjukkan pencemaran adalah penyebabnya.

Kejadian bau busuk pertama melanda Pulau Paqueta, tempat yang tenang dengan kereta diharamkan di situ dan penduduk dengan populasi sekitar 4,500 orang bergerak dengan kuda atau basikal.

Dengan bantuan sebuah jentolak, sebuah syarikat perbandaran telah membersihkan 20 tan ikan yang mati dan empat penyu laut.

“Ujian menunjukkan bahawa tidak ada masalah pencemaran air daripada kimia atau toksik,” ulas David Zee dari Rio do Janeiro State University.

Sementara itu, Leandro Daemon dari Institut Negara untuk persekitaran (INEA) juga bersetuju bahawa ujian air tidak dapat mengenalpasti mana-mana bahan kimia toksik atau sebarang perubahan luar biasa dalam pH air.

“Kami tidak ada jawapan lagi tentang apa yang berlaku, tetapi kita boleh mengecualikan hipotesis dari pencemaran kimia membunuh ikan,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.